HOME 1

PENGUMUMAN PENTING

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE – 25/2021 (ATAS TALIAN e-AGM) KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (MAT KoPKB) Kali Ke 25/2021 akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh             :           16hb April 2022 bersamaan 14 Ramadhan 1443H (Sabtu)
Masa              :           2.00 petang
Tempat          :           secara HIBRID

  • Fizikal (Dewan Al-Fansuri, Hotel An-Ansar)
  • Secara dalam talian (bagi anggota yang tidak dapat hadir secara fizikal)

Anggota yang menghadiri mesyuarat secara fizikal atau dalam talian perlu membuat Pendaftaran secara dalam talian pada 16hb April 2022 (Sabtu) melalui pautan & kod seperti berikut :

Pautan : https://sola.my/eagm
Kod Mesyuarat : koppkb
Waktu Pendaftaran : 11.00 Tghri – 2.00 Ptg
Waktu Mesyuarat : 2.00 Ptg – 5.00 Ptg

Etika Mesyuarat e-AGM :

  1. Anggota perlu memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat sepanjang mesyuarat berlangsung.
  2. Anggota perlu meletakkan NAMA SEBENAR (Nama Penuh) masing-masing seperti di dalam MyKAD beserta No Anggota KoPKB di dalam aplikasi zoom meeting. Sila rename nama Tuan/Puan sekiranya nama yang tertera adalah berbeza dari nama sebenar di MyKAD. Contoh : Ali Bin Abu (123)
  3. Pastikan kamera sentiasa dibuka dan mikrofon sentiasa dalam MODE ‘MUTE’.
  4. Anggota tidak dibenarkan keluar (leave) daripada mesyuarat ini sehingga selesai semua agenda mesyuarat.
  5. Sekiranya anggota ingin mengajukan soalan pada agenda yang berkenaan, anggota perlulah menekan icon raise hand terlebih dahulu dan menunggu keizinan Pengerusi Mesyuarat dan anggota hendaklah menekan butang ‘UNMUTE’ sebelum mengutarakan soalan.
  6. Anggota hendaklah mengikuti mesyuarat sehingga selesai bagi melayakkan anggota menerima elaun kehadiran mesyuarat.
  7. Ruangan CHAT BOX yang tersedia di ‘Zoom Meeting’ hanya digunakan untuk pertanyaan berkenaan teknikal sahaja dan sebarang pertanyaan lain tidak akan dijawab oleh urusetia agar setiap anggota dapat menumpukan sepenuh perhatian sepanjang sesi mesyuarat berlangsung.
  8. Jika anggota mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan urusetia atau menghubungi pegawai koperasi yang terlibat.

Terima kasih di atas perhatian Tuan/Puan

******************************************************************************

Sila muat-turun klik pautan :