PEKELILING
18 Dec 2017
Kepada
Semua Anggota,
Koperasi Permodalan Kelantan Berhad
Tuan/puan,
PEMBAYARAN SAGUHATI PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2017.
Di doakan semuga tuan/puan berada dalam lindungan Allah S.W.T hendaknya
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita adalah dimaklumkan, Mesyuarat Lembaga Pengarah Khas Bil 11/142-17 telah bersidang pada 11hb Disember 2017, telah meluluskan untuk pembayaran saguhati persekolahan kepada anggota. Pembayaran saguhati adalah seperti berikut;
BIL | PERKARA | BIL | PEMBAYARAN SAGUHATI |
1. | KEANGGOTAAN < JUN 2017 | 328 | RM300 |
2. | KEANGGOTAAN > JUN 2017 | 20 | RM100 |
Pembayaran tersebut terus dikreditkan kedalam akaun tuan/puan bermula 18hb.Disember 2017 (ISNIN)
Segala pertanyaan bolehlah menghubungi pihak pengurusan koperasi.
Kerjasama dan perhatian semua didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Harap maklum.
“YOUR TOMORROW BENEFIT”
KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD