SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada:
- Kakitangan Permodalan Kelantan Berhad
- Kakitangan syarikat-syarikat anak Permodalan Kelantan Berhad
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang 18 tahun
- Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini dan
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun;
CARA MEMOHON
- Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha
- Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak RM10.00. Fee masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga
- Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee masuk sebanyak RM50.00 (lima puluh ringgit).
- Pemohon hendaklah mengisi borang potongan gaji(borang PG-1) yang membenarkan potongan dibuat untuk caruman yuran dan modal syer; sebarang perubahan jumlah potongan hendaklah dibuat didalam borang PG-2.
- Pemohon juga hendaklah mengisi borang WASI (UUK 17(2)) bersama borang Permohonan keanggotaan dan
- Pemohon akan diberi satu naskah percuma Undang-undang Kecil Koperasi bila diterima menjadi anggota.
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA DISINI : 