Sumbangan Khairat Kematian Anggota & Keluarga

KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA & KELUARGA

18 Dec 2017

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN

  1. Seseorang anggota yang telah membayar saham dan yuran keanggotaan serta telah disahkan keanggotaan sahaja berhak menerima bantuan ini.
  2. Tiap-tiap anggota berhak mendapat satu jenis bantuan sahaja dan ianya akan memperolehi yang mana lebih tinggi nilainya. Misalnya seorang ayah dan anak yang sama menjadi anggota, maka seorang sahaja yang berhak menerima bantuan.
  3. Jika anggota sendiri yang meninggal, orang yang berhak menerima bantuan ialah waris yang terdekat seperti isteri atau anak yang tinggal bersamanya.
  4. Setiap anggota yang layak berhak menerima sumbangan khairat kematian ini selagi ada peruntukan dalam Kumpulan Wang Khairat Kematian Koperasi.

CARA MEMOHON

  1. Semua permohonan hendaklah dengan menggunakan borang ‘Khairat Kematian Anggota & Keluarga’ yang dikeluarkan oleh Koperasi PKB sahaja.
  2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian.
  3. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Majikan masing-masing sebelum dihantar ke pejabat Koperasi.
BIL
  • 1
  • 2
RM
  • 1,000.00
  • 500.00

DOWNLOAD BORANG KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA & KELUARGA DISINI :