Sumbangan Pelajar Cemerlang

SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON SUMBANGAN ANAK  ANGGOTA CEMERLANG

  1. Seseorang anggota yang telah membayar saham dan yuran keanggotaan serta telah disahkan keanggotaan sahaja berhak menerima bantuan ini.
  2. Tiap-tiap anggota berhak mendapat satu jenis bantuan sahaja dan ianya akan memperolehi yang mana lebih tinggi nilainya. Misalnya seorang ayah dan anak yang sama menjadi anggota, maka seorang sahaja yang berhak menerima bantuan.
  3. Setiap anggota yang layak berhak menerima sumbangan anak anggota cemerlang ini selagi ada peruntukan dalam Kumpulan Wang Kebajikan Koperasi.
  4. Untuk anak anggota yang cemerlang dalam SPM atau STPM dan layak ke IPTA/IPTS hanya akan di beri satu jenis sumbangan sahaja iaitu yang mana lebih tinggi.

CARA MEMOHON

  1. Semua permohonan hendaklah dengan menggunakan borang ‘Permohonan Sumbangan Pelajar Cemerlang (Anak Anggota)’ yang dikeluarkan oleh Koperasi PKB sahaja.
  2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertai dengan dokumen sokongan seperti salinan keputusan peperiksaan atau surat tawaran ke IPTA/IPTS dan surat beranak atau my kad.
  3. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Majikan masing-masing sebelum dihantar kepejabat Koperasi.
PERUNTUKAN SUMBANGAN
BIL
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
PERUNTUKAN (RM)
  • 100.00
  • 150.00
  • 300.00
  • 500.00
BERKUATKUASA PADA : 06/05/2018

DOWNLOAD BORANG SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG DISINI :