NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Notis Perlindungan Data Peribadi ini (dirujuk sebagai “Notis”) dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan bagi tujuan Notis ini, “Data Peribadi” membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta.

Notis ini dikuatkuasakan kepada orang yang berkaitan dengan Akta dan bertujuan untuk memberitahu bagaimana Data Peribadi anda dikawal, diproses dan/atau diguna oleh KPKB.

Untuk tujuan Notis ini, “Data Peribadi” termasuk data yang telah dikumpul dan yang akan dikumpul sebelum dan selepas pengeluaran Notis ini.

Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (dirujuk sebagai “KPKB”) komited untuk melindungi data peribadi dan mengambil kira hak anda dalam pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data peribadi anda. KPKB sentiasa memberikan keutamaan tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan perlindungan data peribadi anda. Data peribadi anda dikumpul secara terus daripada maklumat dan/atau dokumen/borang yang telah diberikan kepada KPKB, daripada pihak ketiga atau platform dalam talian. Jenis data peribadi yang KPKB ambil adalah termasuk tetapi tidak terbatas kepada maklumat perhubungan, maklumat latar belakang, data kewangan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan gadaian anda di KPKB. Maklumat peribadi anda juga mungkin KPKB perolehi dari sumber-sumber lain termasuk tetapi tidak terhad dari mana-mana pihak seperti badan kawal selia, mana-mana agensi rujukan kredit, agensi pencegahan penipuan dan rujukan jenayah kewangan, majikan anda, penjamin atau pembekal cagaran anda dan sumber-sumber lain di mana KPKB mempunyai akses.

Maklumat peribadi anda diproses oleh KPKB bagi tujuan berikut (“Tujuan”) :-

1. Menilai permohonan untuk mana-mana perkhidmatan kami

2. Mengurus perniagaan KPKB dan hubungan anda dengan KPKB

3. Memberi anda maklumat perkhidmatan KPKB dan tawaran yang mungkin menarik minat anda

4. Menilai dan menganalisa termasuk pembiayaan, risiko insurans, analisis pasaran, perkhidmatan dan penyelidikan pasaran

5. Pencegahan, pengesanan atau pendakwaan jenayah dan pematuhan undang-undang dan peraturan

6. Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian

7.Melindungi kepentingan KPKB dan tujuan sampingan atau lain-lain tujuan yang berkenaan

KPKB akan menyimpan data peribadi anda selama mana perlu bagi KPKB :

1. Berhubung dengan “Tujuan” di atas

2. Untuk menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan atau perlaksanaan apa-apa kontrak dengan anda

3. Untuk menyediakan anda dengan maklumat tentang KPKB atau rakan kongsi perniagaannya dan selainnya, produk dan perkhidmatan yang boleh menarik minat anda

4. Untuk menyimpan rekod mana-mana transaksi sehingga 6 tahun bagi tujuan aduan atau pertikaian

5. Untuk tempoh yang dikehendaki bagi memenuhi kehendak undang-undang

KPKB komited dalam memastikan keselamatan data peribadi anda. Bagi mengelak akses tanpa kebenaran, KPKB sudah melaksanakan kaedah pencegahan fizikal, elektronik dan prosedur pengesahan yang bersesuaian bagi melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan/atau daripada sumber lain.

Untuk memastikan bahawa data peribadi anda dalam penyimpanan KPKB adalah tepat dan terkini, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada KPKB dengan kadar segera sekiranya berlaku apa-apa ketidaktepatan atau apa-apa perubahan kepada data peribadi anda. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila hubungi KPKB. KPKB juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda.

KPKB hanya akan menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh KPKB menyediakan perkhidmatan kepada anda, memenuhi keperluan peraturan dan perundangan, dan memenuhi keperluan dalaman KPKB. Jika data anda tidak lagi memenuhi mana-mana keperluan di atas, KPKB akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal data peribadi anda.

Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, permintaan atau mengemaskini data peribadi anda, menghapuskan maklumat peribadi anda atau menghadkan pemprosesan butir-butir peribadi anda, anda boleh menghubungi KPKB sepertimana di bawah :-

Koperasi Permodalan Kelantan Berhad

Lot PT 448, Tingkat 1,
Jalan Kuala Krai, Batu 3,
Wakaf Che Yeh,
15150 Kota Bharu,
Kelantan

Tel : 09-741 4331/4333/4334/4339

Faks : 09-741 4330

Email : koppkb@pkb.net.my

KPKB mungkin mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan pada Notis Privasi ini, KPKB akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web KPKB atau menghantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara KPKB melindungi maklumat anda.

Tarikh Kemaskini : 6 September 2021

Menu