Sumbangan Covid-19
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON SUMBANGAN COVID-19
- Seseorang anggota yang telah membayar saham dan yuran keanggotaan serta telah disahkan keanggotaan sahaja berhak menerima sumbangan ini.
- Setiap anggota yang layak berhak menerima sumbangan Covid-19 bagi sekali tuntutan
- Syarat kelayakan untuk memohon sumbangan Covid-19 adalah anggota yang disahkan positif dan telah lengkap menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
CARA MEMOHON
-
- Semua permohonan hendaklah menggunakan borang ‘Permohonan Sumbangan Covid-19’ yang dikeluarkan oleh Koperasi PKB sahaja.
- Pada setiap borang permohonan anggota yang disahkan positif Covid hendaklah dilampirkan:
2.1 Sebelum 1 Mac 2022
dokumen sokongan seperti salinan surat kuarantin dari hospital atau klinik atau surat kuarantin kendiri (HSO) bersama dengan keputusan disahkan positif Covid-19 daripada hospital atau klinik; atau
2.2 Berkuatkuasa 1 Mac 2022
dokumen sokongan seperti salinan surat kuarantin dari hospital atau klinik atau surat kuarantin kendiri (HSO).
*sila rujuk prosedur pengurusan kes positif dan kontak rapat kes Covid-19 mengikut status vaksinasi Covid-19 dibelakang bagi menentukan anggota sah positif covid.
2.3 Salinan status vaksin daripada aplikasi mySejahtera.
- Borang permohonan hendaklah disahkan oleh majikan dan Bahagian Sumber Manusia masing-masing sebelum dihantar ke pejabat Koperasi / melalui emel koppkb@pkb.net.my / faks ke 09-741 4330.
PERUNTUKAN SUMBANGAN
KATEGORI
- Positif Covid-19
PERUNTUKAN (RM)
- RM 100.00