- Pembiayaan Ar-Rahn ini menggunapakai konsep Tawarruq (Komoditi Murabahah) dan Rahn (Cagaran) sebagai kontrak asas Syariah di mana ia menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif kepada pelanggan, tertakluk kepada syarat kelayakan yang minimum, khusus bagi kegunaan peribadi, modal perniagaan atau lain-lain aktiviti yang dapat membangunkan sosioekonomi masyarakat.
Kelayakan
- Kemudahan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap berumur dalam lingkungan dari lapan belas (18) tahun hingga tujuh puluh (70) tahun pada tarikh permohonan.